Gunung Sinabung di Sumatera meletus

JAKARTA, 3 Jamadilakhir 1439H, Isnin – Gunung Sinabung di Sumatera Utara dilaporkan meletus lagi dengan letusan lebih besar sehingga asap dan abu letusan menjulang setinggi 5 kilometer (km).

Menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMG) Indonesia, letusan terbaharu itu berlaku pada 8.59 pagi tadi.

Asap dan debu letusan itu dilaporkan menghala ke arah selatan dan timur tenggara Pulau Sumatera.

Sementara itu, media tempatan melaporkan pihak berkuasa tempatan telah mengeluarkan arahan supaya orang ramai tidak melakukan sebarang aktiviti di radius 4km dari kawah gunung itu.

Kali terakhir gunung itu dilaporkan meletus ialah pada 27 Januari lepas.- Bernama

The post Gunung Sinabung di Sumatera meletus appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian