Hamas salahkan rejim Zionis serang Semenanjung Gaza

GAZA, 2 Jamadilawal 1439H, Ahad – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) meletakkan kesalahan sepenuhnya terhadap rejim pengganas Israel yang menyerang beberapa kawasan di Semenanjung Gaza semalam.

Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum berkata, penentangan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza adalah disebabkan tindakan agresif rejim Zionis yang semakin meningkat.

“Saiz pencerobohan rejim Israel yang turut menyasarkan kawasan yang menjadi tapak penentangan mencerminkan niat awal rejim untuk meningkatkan ketegangan di Gaza,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Oleh itu, katanya, rejim pengganas Israel perlu menyedari bahawa tindakan agresif mereka menyebabkan penentangan oleh rakyat Palestin.

“Hamas tidak akan melepaskan tanggungjawab untuk melindungi dan mempertahankan rakyat Palestin serta menolak pencerobohan di bumi Palestin,” katanya.

Dalam pada itu, Hamas turut menolak tuduhan Amerika Syarikat (AS) bahawa mereka bertanggungjawab menimbulkan krisis kemanusiaan di Semenanjung Gaza, sambil menegaskan tuduhan itu memberi lampu hijau kepada rejim Zionis untuk bertindak agresif terhadap penduduk Palestin.

“Tuduhan itu adalah penerusan dasar yang diamalkan pentadbiran Rumah Putih, yang bertanggungjawab terhadap tragedi kepada Palestin berikutan sokongan ekonomi, politik dan ketenteraan mereka kepada Israel, serta veto yang digunakan untuk melemahkan usaha antarabangsa menyokong hak penduduk Palestin.

“Sokongan AS kepada rejim Zionis membunuh rakyat Palestin semakin jelas sejak dekad terakhir, apabila pentadbiran AS enggan menerima keputusan pilihan raya Palestin yang mana pengundi memilih Hamas,” kata kenyataan pergerakan itu, hari ini. – Agensi

The post Hamas salahkan rejim Zionis serang Semenanjung Gaza appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian