Haram rosakkan undi, tidak mengundi: Mufti WP

 

BANGI, 27 Jamadilawal 1439H, Selasa – Hukum membuat undi rosak adalah haram di sisi Islam, tegas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Beliau dalam siri Bayan Linnas ke-126 berkata, mengundi adalah antara tanggungjawab terbesar masyarakat bagi melaksanakan perintah Allah supaya bersatu dan tidak berpecah atau bertelagah sesama sendiri.

Mengundi, katanya, membawa kepada pemilihan pemerintah yang dapat menyatukan rakyat seluruhnya.

“Berdasarkan kepada kepentingan pelantikan pemerintah, makanya kami cenderung untuk menyatakan bahawa haram merosakkan undi.

“Begitu juga haram hukumnya daripada sudut syarak untuk tidak mengundi dan mendaftarkan diri sebagai pengundi,” katanya dalam tulisan siri Bayan Linnas ke 126

Beliau menjelaskan, umat Islam perlu sedar bahawa sebahagian besar perlaksanaan hukum-hakam dalam syariat Islam tertakluk kepada kuasa pemerintah.

“Hukum-hakam itu tidak mungkin dapat dilaksanakan kecuali melalui kuasa dan arahan pemerintah, seperti menghakimi kes-kes mahkamah, melantik para penjaga, mengisytiharkan halangan (al-hajr) dan perang, memeterai perdamaian dan sebagainya.

“Oleh itu, bagi membolehkan hukum-hakam syarak dilaksanakan sepenuhnya dengan cara yang betul dan diterima oleh Allah SWT, mestilah ada pemerintah yang akan melaksanakan hukum-hakam itu dan memantau perlaksanaannya,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru semua warganegara Malaysia yang layak untuk mengundi agar mendaftarkan diri dengan segera untuk mengundi.

“Pada PRU akan datang ini, masyarakat perlu melaksanakan tanggungjawab dan amanah dengan mengundi calon-calon yang diyakini menjaga Dharuriyyat al-Khams yang lima itu iaitu agama, nyawa, aqal, keturunan dan harta,” katanya.

Baru-baru ini kempen #Undi Rosak, #SpoiltVote dan #ProtesPRU tular menerusi laman sosial.

Kempen berkenaan mengajak golongan muda merosakkan undi pada pilihan raya umum akan datang dengan alasan tiada beza antara BN atau pakatan harapan.

The post Haram rosakkan undi, tidak mengundi: Mufti WP appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian