Harga minyak turun 10 sen hingga 11 sen… diesel pula 12 sen

 

BANGI, 28 Jamadilawal 1439H, Rabu – Harga runcit mingguan petrol bagi RON95 turun sebanyak 10 sen manakala RON97 sebanyak 11 sen berkuatkuasa tengah malam ini.

Menerusi harga terbaharu yang diumumkan sebentar tadi, harga bagi produk RON95 adalah RM2.23 seliter, berbanding RM2.33 seliter minggu lalu.

Manakala produk RON97 pula dijual pada harga RM2.50 seliter berbanding RM2.61 minggu lalu.

Sementara itu, harga diesel pula mencatat penurunan sebanyak 12 sen menjadikan RM2.19 seliter berbanding RM2.31 terdahulu.

Harga terbaru ini berkuat kuasa mulai tengah malam ini selama seminggu sehingga 21 Februari depan.

The post Harga minyak turun 10 sen hingga 11 sen… diesel pula 12 sen appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian