Individu sebar berita palsu layak dilabel pemfitnah

BANGI, 15 Jamadilawal 1439H, Khamis – Mana-mana individu atau pihak yang menyebarkan berita tidak disahkan di media sosial layak dilabelkan sebagai pemfitnah dan pembohong.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berdosa jika umat Islam menyebarkan berita atau maklumat yang tidak sahih kepada umum.

“Ia juga merupakan dosa bagi mereka yang menerima dan membaca berita yang tidah benar di media sosial. Berita dan sumber perlu disahkan terlebih dahulu.

“Penyebaran berita palsu adalah kesalahan serius, dan dinyatakan dalam al-Quran, di mana memfitnah lebih buruk daripada membunuh,” katanya seperti dilapor New Straits Times, hari ini.

Beliau berkata, jika seseorang melakukan pembunuhan, ia hanya melibatkan kehidupan satu pihak berbanding memfitnah.

Mohamad Shukri menjelaskan, tindakan memfitnah akan menjejaskan ramai pihak, bahkan keseluruhan masyarakat.

“Oleh itu, apa yang lebih utama dalam Islam adalah menjaga kebajikan orang lain, kerana jika fitnah tersebar, ia boleh mendatangkan kesan negatif kepada masyarakat,” katanya.

Serentak itu, Mohamad Shukri berkata, beliau menyokong langkah kerajaan menubuhkan undang-undang baharu untuk membendung penyebaran berita palsu.

“Langkah itu mesti disokong semua pihak kerana dunia tanpa sempadan hari ini, sukar untuk menghentikan penyebaran berita palsu.

“Dengan adanya undang-undang tersebut, ia boleh mengubahnya,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan berkata, kerajaan akan mengkaji untuk memperkenalkan undang-undang bagi mengekang berita palsu yang menjadi ancaman kepada kestabilan politik dan ketenteraman awam.

The post Individu sebar berita palsu layak dilabel pemfitnah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian