Istana Kelantan tarik balik darjah kebesaran Tun M
BANGI, 22 Jamadilawal 1439H, Khamis – Istana Kelantan menarik balik darjah kebesaran yang dikurniakan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Penarikan balik darjah kebesaran oleh Sultan Muhammad V itu disahkan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Fauzi Che Mamat, hari ini.
Menurut laporan Utusan Online, pembatalan Darjah Kerabat (DK) Al-Yunusi Kelantan yang diterima Dr Mahathir pada 2002 itu berkuat kuasa kelmarin.
Bagaimanapun, Mohd Fauzi dilaporkan enggan mengulas lanjut berhubung sebab penarikan darjah kebesaran berkenaan.
Akhbar itu berkata, bekas perdana menteri selama 22 tahun itu menerima surat penarikan balik darjah kebesaran berkenaan di kediamannya di Seri Kembangan, hari ini.
The post Istana Kelantan tarik balik darjah kebesaran Tun M appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan