Isu telefon bimbit: Usah tuding jari pada guru

Oleh Athirah Huda Zalhe
BANGI, 23 Jamadilawal 1439H, Jumaat – Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) menyambut baik peringatan Kementerian Pelajaran untuk tidak membenarkan golongan pendidik membawa atau menggunakan telefon bimbit di dalam bilik darjah.
Presiden iGuru, Ustaz Mohd Azizee Hasan berkata, larangan itu perlu bagi memudahkan proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dapat dijalankan dengan sebaiknya.
Bagaimanapun beliau berkata, iGuru berharap larangan pihak kementerian itu bukanlah kesan daripada rentetan kes kecurian telefon bimbit melibatkan seorang pelajar perempuan yang cuba membunuh diri di Nibong Tebal, baru-baru ini.
The post Isu telefon bimbit: Usah tuding jari pada guru appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan