Jabatan Peguam Negara tubuh Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang

KUALA LUMPUR, 16 Jamadilawal 1439H, Jumaat – Jabatan Peguam Negara telah menubuhkan Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang bagi menangani isu-isu berkaitan agama Islam dan perundangan syariah yang berbangkit di peringkat persekutuan dan antarabangsa yang dirujuk kepada jabatan itu.

Jabatan berkenaan memaklumkan penubuhan bahagian itu penting kerana ia akan menjadi focal point (tumpuan utama) bagi isu-isu syariah yang dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara.

“Antaranya yang berkaitan dengan nasihat undang-undang, penggubalan dan penyelarasan undang-undang syariah, ratifikasi sesuatu konvensyen antarabangsa yang mempunyai kesan kepada aspek syariah dan pengharmonian antara undang-undang sivil dengan undang-undang syariah bagi mengatasi konflik bidang kuasa di antara mahkamah sivil dan mahkamah syariah.

“Berdasarkan Fasal (2) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Peguam Negara mempunyai kewajipan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong, Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri mengenai apa-apa perkara undang-undang,” kata jabatan itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Jabatan Peguam Negara berharap penubuhan Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang Syariah itu dapat memastikan penyampaian perkhidmatan Jabatan Peguam Negara berhubung isu-isu syariah dilaksanakan dengan lebih efektif dan berkesan seiring keperluan semasa.- Bernama

The post Jabatan Peguam Negara tubuh Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian