Jemput pemerhati luar bukti rakyat tak yakin sistem pentadbiran negara

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 20 Jamadilawal 1439H, Selasa – Keperluan mengundang pemerhati antarabangsa bagi meninjau ketelusan proses Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), memberi bayangan betapa rakyat tidak lagi meyakini sistem pentadbiran negara.

Ketua Sekretariat Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Aminuddin Yahaya berkata, perkara itu seharusnya menjadi peringatan kepada pemerintah supaya lebih telus dalam pentadbiran.

Tidak hanya melibatkan hal-hal berkaitan proses demokrasi, beliau berkata, banyak lagi perkara lain yang ditimbulkan menjadi tanda tanya rakyat terhadap tahap ketelusan kerajaan dalam memerintah.

“Kenyataan yang berlaku penipuan dalam pengundian sudah lama kita dengar, tetapi malangnya ia masih tidak mampu diatasi.

“Walaupun SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) adalah badan bebas, rakyat masih tidak yakin disebabkan insiden-insiden yang didakwa dalam pengiraan undi,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.


Sabtu lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu kenyataan memaklumkan akan mengundang pemerhati pilihan raya antarabangsa daripada negara-negara Komanwel dan ASEAN.

Aminuddin bagaimanapun mempersoalkan keperluan mengundang pemerhati pilihan raya antarabangsa berkenaan, yang belum tentu memberikan komen baik atau sebaliknya kepada sistem demokrasi negara.

Jelas beliau, kehadiran pemerhati antarabangsa itu dikhuatiri memperlihatkan negara masih bergantung kepada orang luar untuk menguruskan pentadbirannya.

“Adakah ini membayangkan kita masih dijajah pemikiran oleh pihak Barat? Adakah Barat atau pemerhati luar ini akan memberikan komen yang baik atau tidak kepada sistem pilihan raya negara, itu sesuatu yang diluar kuasa kita,” katanya.

Aminuddin berkata, penambahbaikan sistem pilihan raya perlu lebih meluas dan menyeluruh, yang mungkin memerlukan rombakan terhadap keanggotaan dalam SPRM sendiri.

“Sampai bila kita harus bergantung kepada orang lain untuk menentukan pentadbiran kita?,” soalnya.

The post Jemput pemerhati luar bukti rakyat tak yakin sistem pentadbiran negara appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian