Kakitangan Mahkamah Syariah hilang dua minggu ditemui selamat

JOHOR BAHRU, 10 Jamadilakhir 1439H, Isnin – Kakitangan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Azmee Elias, yang hilang sejak 12 Februari lalu, ditemui selamat di rumah neneknya di Simpang Lima, Perserai, dekat Batu Pahat.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Abdul Wahib Musa berkata Azmee, 36, yang merupakan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, kini sedang dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat.

“Mangsa (Azmee) ada di HSNI, mangsa ditemui di rumah nenek mangsa di Simpang Lima, Perserai. Mangsa sedang mendapatkan rawatan,” katanya yang dihubungi.

Kes kehilangan Azmee yang turut dikenali ‘mie Dark Prince’ sebelum ini tersebar luas di media sosial dan dia kali terakhir dilihat pada 12 Februari lepas di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hassan sebelum ini dilaporkan berkata, kenderaan Perodua Alza milik Azmee ditemui di tepi jalan di Jenderam Hulu dekat Dengkil, Sepang, dengan keadaannya sedikit berselerak.

Beberapa dokumen milik Azmee, antaranya surat pejabat dan peribadi di bahagian hadapan kereta, didapati berselerak walaupun kereta ditemui dalam keadaan berkunci.

Penemuan Azmee  turut tular di laman media sosial dengan dikatakan dia dijumpai bapa saudaranya pada 4 petang di rumah arwah neneknya, dalam keadaan terlentang di hadapan pintu rumah dan tidak sedarkan diri

​​​​​​​Difahamkan bapa saudaranya itu kemudiannya menghubungi ambulans untuk mendapatkan rawatan. – Bernama

The post Kakitangan Mahkamah Syariah hilang dua minggu ditemui selamat appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?