Keputusan kes murtad empat individu di Sarawak esok

BANGI, 10 Jamadilakhir 1439H, Isnin – Mahkamah Persekutuan Sarawak akan membuat keputusan berhubung rayuan empat individu yang mahu menukar agama daripada Islam kepada Kristian, esok.

Keputusan itu menyentuh persoalan sama ada Mahkamah Syariah Sarawak mempunyai bidang kuasa berhubung kes murtad, ekoran tiada peruntukan sedemikian mengikut Ordinan Mahkamah Syariah 2001.

Perkara itu akan diputuskan panel hakim iaitu Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin; Tan Sri Ahmad Maarop; Tan Sri Hasan Lah; Tan Sri Ramly Ali; dan Tan Sri Jeffrey Tan selepas mendengar permohonan di Mahkamah Kuching, hari ini.

Sebelum ini, empat individu termasuk tiga mualaf dan seorang wanita kelahiran berbangsa Melayu bertegas mahu keluar daripada agama Islam, sekali gus membangkitkan persoalan mengenai ordinan itu.

Empat individu berkenaan Syarifah Nooraffyza binti Wan Hosen; Jenny Peter@ Nur Muzdhalifah Abdullah; Mohd Syafiq Abdullah@ Tiong Choo Ting; dan Salina Jau Abdullah.

Syarifah Nooraffyza, berusia 36 tahun, dilahirkan sebagai seorang Islam dan berasa dari Lundu, sudah mempraktikkan Kristian sejak 2009 dan kemudian memohon untuk keluar daripada Islam selain mahu mendapat kebenaran menukar nama pada kad pengenalannya.

Nur Muzdhalifah @ Jenny, 38 tahun, adalah daripada suku Melanau penganut Krisitian sejak lahir berasal dari Mukah. Dia memeluk Islam pada tahun 2002 kerana berkahwin dengan seorang lelaki Islam, namun kembali kepada agama asal selepas bercerai pada tahun 2006.

Mohd Syafiq@ Tiong Choo, 58 tahun, dari Kuching berketurunan campuran Cina-Bidayuh sebelum ini adalah penganut Kristian, kemudian memeluk Islam pada 1996 kerana berkahwin dengan wanita Islam. Bagaimanapun mahu kembali kepada agama asal selepas isterinya meninggal dunia pada 2007.

Manakala, Salina Jau, 43 tahun, berasal dari Miri daripasa duku Kenyah sebelum ini seorang Kristian dan memeluk Islam pada November 1992 kerana berkahwin. Namun, kembali menganut agama asal selepas bercerai pada 2010.

Kes ini berlarutan sejak 2015 apabila Mahkamah Tinggi menyebelahi respondan iaitu Pengarah Jabatan Islam Sarawak; Majlis Agama Islam Sarawak; Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Sarawak; dan Kerajaan Negeri Sarawak.

Kes itu kemudian dibawah ke Mahkamah Rayuan yang turut membuat keputusan menyebelahi responden, tetapi dibenar mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

The post Keputusan kes murtad empat individu di Sarawak esok appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian