Kes tanah Ijok: SPRM gesa orang ramai beri maklumat

PUTRAJAYA, 10 Jamadilakhir 1439H, Isnin  – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa semua pihak yang mempunyai  maklumat tentang isu tanah di Ijok, Selangor supaya mengemukakan maklumat berkenaan kepada pihaknya.

Timbalan Ketua Pesuruhjayanya (Operasi), Datuk Seri Azam Baki berkata, SPRM sedang memeriksa dokumen berkaitan tanah itu yang dirampas daripada lima syarikat, termasuk sebuah firma guaman Rabu lalu.

Memandangkan siasatan tentang perkara itu masih berjalan, beliau meminta agar suruhanjaya itu diberi masa dan ruang untuk meneliti maklumat yang dikumpulnya.

“Kami berharap orang ramai akan membantu dengan menyalurkan segala maklumat yang mereka miliki tentang isu tanah itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Tahun  Baharu Cina SPRM bersama masyarakat Cina di sini hari ini.

Isnin lalu, Barisan Nasional Selangor berkata, pihaknya akan membuat laporan kepada SPRM tentang isu tanah Ijok itu.

Ketua Penerangannya, Datuk Dr Mohamed Satim Diman berkata, beberapa peneroka juga akan membuat laporan kepada SPRM berkaitan ketidakpuasan  hati  mereka tentang pampasan yang diterima kerana ia tidak mengikut harga pasaran semasa. – Bernama

The post Kes tanah Ijok: SPRM gesa orang ramai beri maklumat appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian