KKM belum rancang perkenal akta larang doula

BALIK PULAU, 7 Jamadilakhir 1439H, Jumaat – Kementerian Kesihatan masih belum mempunyai sebarang perancangan untuk memperkenalkan akta khas bagi melarang penggunaan perkhidmatan ‘doula’ atau ‘peneman bersalin’ setakat ini.

Bagaimanapun, Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, pihaknya juga tidak pernah membenarkan perkhidmatan tersebut dilaksanakan hingga ke hari ini.

“Kita dah ada semua kemudahan termasuk hospital, pusat kelahiran berisiko rendah dengan semua kakitangan terlatih dan sebagainya.

“Jadi, saya tidak faham mengapa kita perlu ambil risiko bersalin cara ini. Nak kata tak sakit, sakit juga. Malah, risiko untuk anak itu lemas adalah lebih tinggi,” katanya.

Terdahulu, tular laporan seorang bayi perempuan di Johor Bahru, Johor meninggal dunia berikutan dilahirkan menggunakan perkhidmatan doula.

KKM mengesahkan punca kematian seorang bayi itu disebabkan sesak nafas (asphyxia) setelah kepala bayi itu tersangkut di perineum ibu semasa melalui kelahiran songsang pada 4 Februari lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kelahiran tersebut telah disambut oleh individu yang bukan merupakan anggota kesihatan dan tidak bertauliah untuk mengendalikan kelahiran bayi.

The post KKM belum rancang perkenal akta larang doula appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian