Klinik Al-Fatihah dapat sambutan remaja Dungun

DUNGUN, 24 Februari –Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Dungun memberi khidmat memperbaiki bacaan Surah al-Fatihah secara percuma menerusi Klinik Al-Fatihah yang berlangsung semalam di Taman Rekreasi Keluarga Sura Gate.

Tenaga pengajar berkemahiran daripada kalangan aktivis Isma tampil untuk membimbing para peserta. Antaranya YDP Isma Dungun, Ustaz Fakhruddin bin Abd Rahman, AJK Isma Dungun Ustaz Zailani bin Ibrahim, dan Ustaz Faiz Azmi bin Abd Kadir, seorang imam di Masjid Intan Zaharah, Dungun.

Orang ramai yang hadir untuk aktiviti rekreasi hanya perlu meluangkan beberapa minit membaca al-Fatihah di hadapan tenaga pengajar, sebelum dibimbing untuk meningkatkan kualiti bacaan mereka daripada aspek makhraj dan tajwid.

“Isma Dungun ingin memberi kefahaman kepada masyarakat tentang keperluan menjaga al-Quran dengan bacaan yang baik dan kefahaman tentang kandungannya. Kita mulakan dengan klinik (bacaan surah) al-Fatihah ini, yang juga merupakan satu rukun di dalam solat, sebagai salah satu langkah kita membimbing masyarakat mendampingi al Quran,” kata Ustaz Zailani selaku pengarah program Klinik Al-Fatihah yang merupakan sebahagian daripada aktiviti Kempen Jom Baca al-Quran.

Program ini telah mendapat sambutan segenap lapisan masyarakat yang hadir di taman rekreasi tersebut.

“Ramai remaja dan orang muda datang ke taman ini telah singgah untuk memeriksa bacaan mereka. Semangat ingin belajar dan terus memperelok kemahiran begini yang kita ingin lihat di kalangan remaja dan pemuda. Insya Allah kita akan laksanakan lagi program seumpama ini di masa hadapan,” kata YDP Isma Dungun, Ustaz Fakhruddin bin Abd Rahman.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian