Kompleks Tabung Haji KLIA mula operasi tengah tahun

PUTRAJAYA, 22 Jamadilawal 1439H, Khamis – Kompleks Tabung Haji Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan mula beroperasi pada pertengahan tahun ini.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Johan Abdullah berkata, ia dijangka dapat digunakan sebelum penerbangan pertama jemaah haji pada 13 Julai.

“Hotel Tabung Haji di Sepang telah 100 peratus siap pembinaannya, sekarang dalam proses membeli dan membawa perabot masuk ke hotel tersebut, manakala hotel di Kuching tinggal lagi 40 peratus untuk siap sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata, de­ngan pembukaan kompleks tersebut, sebanyak 333 bilik di Hotel Tabung Haji Sepang yang bertaraf lima bintang juga mula berope­rasi.

Selain di KLIA, Kompleks Tabung Haji di Kuching, Sarawak pula dengan hotel bertaraf empat bintang dijangka siap sepenuhnya pada April ini.

The post Kompleks Tabung Haji KLIA mula operasi tengah tahun appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian