Kontraktor Bumiputera kelas G1 mesti berani rebut peluang

KUALA LUMPUR, 5 Jamadilakhir 1439H, Rabu – Kontraktor Bumiputera kelas G1 seluruh negara mesti berani merebut peluang daripada kontrak projek yang diperoleh syarikat konsesi dilantik kerajaan.

Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mokhtar Samad berkata, peruntukan kerja penyenggaraan besar kepada kontraktor kecil ini boleh merangsang kelembapan ekonomi dan membantu kontraktor kecil Bumiputera.

“Kontraktor kelas G1 yang akan mendapat projek itu perlu melalui undian atau sebut harga sebelum dipilih atau dilantik kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, Mokhtar mencadangkan agar kontraktor Bumiputera tidak hanya memfokuskan kepada projek kerajaan semata-mata, tetapi memperluas rantaian kenalan ke pihak swasta juga.

Katanya, mengikut levi yang dikutip CIDB, jumlah projek yang ditawarkan adalah melebihi RM220 bilion, namun projek kerajaan hanya 20 peratus sahaja daripada jumlah itu dan selainnya adalah projek swasta.

“Kerajaan telah pun memberikan latihan, seminar, tunjuk ajar dalam mendapatkan projek apabila mana-mana kontraktor mendapat lesen yang sah dan telah diperakui.

“Adalah tidak adil dan munasabah jika kita salahkan kerajaan mahupun rakan kontraktor lain yang mendapat projek atau dilantik kerajaan. Ini bukan masanya untuk salahkan sesiapa.

“Kita mestilah merebut peluang dan menambah ilmu dalam bidang pembinaan kerana dunia tanpa sempadan semakin berubah dan memerlukan kita terus berdaya saing dan lebih maju lagi.

“Syarikat konsesi yang dilantik kerajaan seperti Selia Senggara, Belati Wangsa, Roadcare, Amona Infracare, Empayar Indera dan Muhibbah Bina Sdn Bhd memberikan kerja penyenggaraan kepada kontraktor kecil yang layak, sama ada melalui undian atau sebut harga,” katanya.

Sehingga kini, terdapat 39,056 kontraktor berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU) Kementerian Kerja Raya seluruh negara meliputi G1 (22,206), G2 (8,121), G3 (2,485), G4 (1,719), G5 (1,259), G6 (620) dan G7 (2,646).

The post Kontraktor Bumiputera kelas G1 mesti berani rebut peluang appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian