Kuala Kangsar jaguh boling Piala Presiden iGuru

Oleh : Siti Fatimah binti Abdul Mutalib

Kuala Kangsar, 1 Jamadilakhir 1439H, Sabtu – Kontinjen iGuru Kuala Kangsar telah meraih kemenangan besar di Pertandingan Boling Piala Presiden iGuru 2018. Pertandingan yang julung kali diadakan ini telah berlangsung di Mydin Mall Bukit Mertajam dan disertai oleh 12 pasukan yang mewakili iGuru Zon Utara, Tengah dan Timur.

Wakil Kontinjen Kuala Kangsar telah berjaya mendapatkan tempat dalam setiap kategori yang dipertandingkan iaitu Johan Lelaki Berkumpulan, Naib Juara Perempuan Berkumpulan, Tempat Pertama dan Ketiga Individu Terbaik Lelaki dan Tempat Ketiga bagi kategori Individu Terbaik Perempuan.

Cikgu Mohamad Nurza’im Ab Sota, yang merupakan Ketua Kontinjen iGuru Kuala Kangsar melahirkan rasa syukur kerana mempunyai ahli-ahli yang hebat. Beliau juga berasa gembira kerana mendapat tempat pertama dalam kategori Individu Terbaik biarpun baru pertama kali menyertai pertandingan seumpama ini.

“Sukan boling boleh dijadikan karnival tahunan buat iGuru dengan harapan dapat mengumpulkan lebih ramai rakan guru. Acara seperti ini juga dapat memberi ruang untuk beriadah disamping merehatkan minda dalam meneruskan perjuangan agenda pendidikan, guru dan pembangunan pelajar,” ujar beliau lagi.

Pertandingan yang bertujuan untuk merapatkan hubungan sesama ahli iGuru dan membina ikatan silaturahim bersama rakan guru baru dan pelajar ini akan turut diadakan di Sarawak pada hari esok.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian