Lebih 25 cedera terkena letupan bunga api ketika sambutan Thaipusam

SUNGAI PETANI, 16 Jamadilawal 1439H, Jumaat – Sambutan sempena Thaipusam dihadiri lebih 30,000 pengunjung di Kuil Sri Subramaniya Swami dekat sini, bertukar tragedi apabila lebih 25 cedera terkena letupan bunga api dalam kejadian berdekatan kuil berkenaan, malam ini.

Pengerusi MIC Kedah, Datuk Jaspal Singh berkata, kejadian berlaku kira-kira 8.30 malam ketika orang ramai sedang menyaksikan perarakan kereta berhala yang diarak keluar daripada kuil berkenaan yang baru sahaja bermula kira-kira 7.30 malam tadi.

“Setakat ini tiada yang maut, kebanyakannya cedera ringan sahaja. Kita akan minta pihak berkuasa siasat perkara ini kerana kalau ikut ketetapan, kita tidak memasukkan agenda pertunjukan bunga api dalam sambutan ini,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, malam tadi.

Sehingga kini, polis belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian tersebut, manakala jumlah sebenar mangsa masih belum diketahui.

Sementara itu, seorang mangsa A Tiruselvi, 41, berkata ketika kejadian dia dan anaknya sedang berada berdekatan dengan kenderaan perarakan berkenaan.

“Ketika itu kami sedang asyik melihat pertunjukan bunga api. Setelah beberapa das bunga api dilepaskan, ada bunga api tidak meletup (tidak naik) dan terbakar di tanah menyebabkan kami semua lari bertempiaran,” katanya. – Bernama

 

The post Lebih 25 cedera terkena letupan bunga api ketika sambutan Thaipusam appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian