Maahad Imtiyaz beroperasi di kompleks baharu hari ini

IPOH, 19 Jamadilawal 1439H, Isnin – Seratus sebelas pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 menjadi perintis bagi kompleks baharu Maahad Imtiyaz (MIM) di Sungai Siput, Perak.

Mudir MIM, Ustaz Ahmad Rosidi Shahari berkata, bangunan baharu fasa satu itu terdiri daripada blok kantin, asrama lelaki dan perempuan, tiga unit kediaman warden serta bangunan pejabat.

Beliau berkata, bangunan berkenaan mula dibina pada awal Mei tahun lalu di atas tanah seluas lima ekar yang diwakafkan sejak 2012.

Semua pelajar terdiri daripada 38 perempuan dan 66 lelaki telah memulakan sesi pembelajaran di kompleks baharu itu, hari ini.


“Kami mengucapkan setinggi terima kasih atas usaha dan pengorbanan pihak pengurusan sekolah bersama dengan PIBG, yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk membuat persiapan bagi menyambut kedatangan anak sulung di kompleks baru ini.

“Pendekatan maahad bukan sekadar kejayaan akademik sebagai fokus utama sebaliknya adalah kepada kemenjadian anak-anak melalui integrasi pengisian ilmu akhlak dan adab,” katanya.

MIM yang ditubuhkan pada 2010 dengan falsafah Huffaz Untuk Ummah itu turut memperkenalkan 17 rukun maahad kepada pelajar sebagai asas kejayaan.

Ustaz Rosidi berkata, MIM kini berkembang menjadi empat buah institusi lain termasuklah tadika Imtiyaz, Sekolah Rendah (SK) Imtiyaz, Maahad dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

“Malah, kita juga berhasrat untuk mewujudkan sebuah universiti satu hari nanti,” katanya.

Beliau berkata, Maahad Imtiyaz kini beroperasi dengan kos operasi yang sangat minima, dan mengharapkan sokongan kewangan serta kerjasama mana-mana pihak yang sedia membantu.

“Hasil sumbangan akan diperuntukkan khusus untuk membangunkan prasarana yang lebih selesa dan kualiti pendidikan yang terbaik kepada anak-anak,” katanya.


Sumbangan bagi melengkapkan pengurusan boleh disalurkan ke akaun Maahad Imtiyaz 569972053343 (Maybank) atau 110861002426 (Bank Rakyat).

Sebarang maklumat berkenaan MIM boleh melayari Facebook Maahad Imtiyaz atau laman web rasmi, www.akademiikatanmuslimin.edu.my

The post Maahad Imtiyaz beroperasi di kompleks baharu hari ini appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian