Memperkasa Syukbah dengan Amalan Takaful

PANTAI DALAM, 11 Feb 2018 – “Apabila berkumpul begini barulah kita dapat melihat kekuatan tenaga yang kita ada di Pantai Dalam,” demikian ujar Ketua Syukbah Pantai Dalam Ikatan Muslimin Malaysia Kuala Lumpur, saudara Ahmad Raher bin Osman dalam Majlis Tautan Ukhuwah.

“Selain beramal bersama agensi, perjumpaan sebegini dapat merapatkan ukhuwah dan seterusnya menyemai semangat takaful yakni bantu-membantu sesama kita,” ujar beliau kepada 50 orang ahli Isma Cawangan Kuala Lumpur yang menetap di sekitar Pantai Dalam.

Majlis yang diadakan di Masjid Salam, Petaling Jaya ini berjaya mengeratkan silaturrahim dan menjelaskan agenda dan misi yang ingin dicapai pada 2018.

Memperkasa syukbah melalui semangat ukhuwah dan takaful menjadi misi Isma Kuala Lumpur dalam memperteguh kedudukannya dalam masyarakat.

Di akhir majlis, sedikit saguhati diserahkan kepada saudara Shihab Rusydee dan saudara Rais Abdul Rahman yang bakal berpindah syukbah.

Pada masa yang sama, Isma Syukbah Damansara yang juga merupakan naungan Isma Kuala Lumpur turut menganjurkan pertemuan sesama ahli dengan tujuan yang sama.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?