Mesej tular wang RM100 palsu tidak benar: Polis

BANGI, 6 Jamadilakhir 1439H, Khamis – Polis menafikan pengedaran wang kertas RM100 palsu secara meluas di ibu negara, sebagaimana tular di media sosial sejak kebelakangan ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Luthfi Ismail Abdullah berkata, mesej bergambar yang tular di dalam aplikasi Whatsapp, Telegram dan Facebook itu adalah tidak benar.

“Mesej berserta gambar wang RM100 yang diikat dan disusun di dalam kotak itu di percayai imej lama yang sebelum ini telah tular, disebarkan semula pihak yang tidak bertanggungjawab untuk tujuan yang tidak pasti,” katanya seperti dilapor Utusan Online, hari ini.

Bagaimanapun, beliau meminta pihak yang menyebarkan mesej berkenaan tampil memberi maklumat dan membantu pihak polis sekiranya mengetahui mengenai perkara itu.

Katanya, polis dan Bank Negara akan sentiasa memantau dan meminta kerjasama orang ramai untuk memaklumkan aktiviti itu, termasuk melaporkannya di balai polis berdekatan.

Menerusi mesej tular itu, beliau memberi amaran kepada orang ramai supaya berhati-hati terhadap aktiviti pengedaran wang kertas RM100 palsu, kononnya mempunyai nombor siri berakhir dengan 996, yang diedar secara meluas.

Mesej yang turut disertakan gambar wang RM100 diikat dan disusun dalam kotak itu juga meminta orang ramai supaya menyebarkan maklumat itu sebagai amaran.

The post Mesej tular wang RM100 palsu tidak benar: Polis appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian