Mesir buka sempadan selama empat hari

KAHERAH, 5 Jamadilakhir 1439H, Rabu – Mesir memutuskan membuka laluan sempadan Rafah yang menghubungkan Semenanjung Sinai dengan Semenanjung Gaza selama empat hari.

Kedutaan Palestin di Kaherah dalam satu kenyataan berkata, lintasan di sempadan itu akan dibuka di kedua-dua arah, bermula hari ini.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Mesir tidak mengesahkan maklumat yang disampaikan dalam kenyataan kedutaan itu.

Mesir membuka sempadannya kali kedua bagi tahun ini, selepas kali pertama pada 7 Februari lalu menyaksikan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, menyeberanginya untuk ke Kaherah bagi berunding dengan para pegawai Mesir.

Lintasan di sempadan itu juga dibuka dari arah Mesir ke Gaza selama sehari pada Isnin lalu bagi membenarkan rakyat Palestin yang terkandas pulang.

Semenanjung Gaza yang berdepan sekatan daripada rejim pengganas Israel hanya mempunyai tujuh lintasan sempadan menghubungkan rakyatnya dengan dunia luar.

Enam daripadanya dikuasai rejim Israel, dan hanya sempadan Rafah sahaja dikuasai Mesir, meskipun dikawal ketat selepas penggulingan bekas Presiden Mohamed Morsi dalam rampasan kuasa tentera pada 2013.- Agensi

The post Mesir buka sempadan selama empat hari appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian