Mesir bunuh 16 militan dalam Operasi Sinai 2018

SINAI 26 Jamadilawal 1439H, Isnin – Tentera Mesir membunuh 16 militan dan menahan lebih 30 yang lain dalam operasi yang dilancarkan di Semenanjung Sinai, semalam.

Dalam operasi itu, tentera turut memusnahkan makmal bahan letupan serta pusat komunikasi, termasuk enam tempat simpanan ganja dan candu.

Pelancaran operasi sudah bermula sejak Jumaat lalu, yang meletakkan sasaran menghapuskan militan menjelang akhir bulan ini.

Tempoh itu ditetapkan Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi yang mengarahkan tentera menghapuskan militan di Sinai Utara dalam tempoh tiga bulan, selepas serangan ke atas sebuah masjid mengorbankan kira-kira 300 orang.

Jurucakap tentera, Tamer al-Rifai berkata, pihaknya membunuh 16 anggota pengganas dan menangkap lebih 30 yang lain ketika serang hendap di utara dan tengah Sinai.

“Tentera memusnahkan 66 tempat persembunyian militan, 11 pikap dan 31 buah motosikal,” katanya.

Turut menjadi sasaran tentera udara dan laut Mesir adalah kawasan militan di Delta Nil dan barat padang pasir dekat sempadan Libya.

Difahamkan, pasukan keselamatan menyerang kubu pemberontak militan Daesh sebelum pilihan raya bulan depan yang menyaksikan  al-Sisi yang turut bertanding.

Pada November tahun lalu, sekurang-kurangnya 235 orang terbunuh dalam serangan bom dan pistol di masjid di Bir al-Abed, sebuah bandar di wilayah Sinai Utara.

Pasukan keselamatan Mesir meningkatkan serangan ke atas militan sejak tentera merampas kuasa daripada bekas presiden, Mohamed Morsi, pada 2013. – Agensi

The post Mesir bunuh 16 militan dalam Operasi Sinai 2018 appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian