Modi perdana menteri India pertama lawat Palestin

TEBING BARAT, 25 Jamadilawal 1439H, Ahad – Narendra Modi menjadi Perdana Menteri India pertama melawat Tebing Barat sempena pertemuannya dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas, dalam rangka lawatan ke Timur Tengah, semalam.

Lawatan yang dibuat beberapa minggu selepas Modi menjadi tuan rumah kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dilihat sebagai usaha India mengimbangi hubungan kukuhnya dengan negara Yahudi.

Modi dan delegasinya terbang dengan helikopter dari Jordan, dan mendarat dekat ibu pejabat Abbas di Ramallah.

Dalam lawatan singkat itu, India dan Palestin bersedia membincangkan pelbagai isu termasuk teknologi, kesihatan dan pelancongan, sebelum Modi kembali semula ke Jordan.


New Delhi telah lama menyokong usaha Palestin berhubung hak kenegaraannya, dan Modi menyuarakan sokonganya terhadap sebuah negara merdeka yang wujud dengan aman bersama Israel.

Modi juga pemimpin India pertama melawat Israel pada Julai tahun lalu, dengan kedua-duanya menandatangani perjanjian mengenai keselamatan siber dan tenaga.

Keengganan India menyokong langkah Amerika Syarikat (AS) untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel mengecewakan negara itu, tetapi konsisten menyokong rakyat Palestin.

Selain Tebing barat, lawatan tiga hari Modi juga akan membawa beliau ke Oman dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).- Agensi

The post Modi perdana menteri India pertama lawat Palestin appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian