Najib tak masuk dalam liang lahad Nabi, kata ulama UMNO

BANGI, 21 Jamadilawal 1439H, Rabu – Exco Pemuda UMNO, Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata, isu Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bahawa beliau masuk ke makam Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam, adalah perkara kecil yang tidak perlu diperbesarkan lagi.

Ulama muda UMNO itu tetap menegaskan bahawa Datuk Seri Najib Razak masuk ke makam Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, kerana berpendapat bahawa keseluruhan rumah Aisyah itu adalah makam Nabi.

Katanya, Najib masuk ke makam itu menerusi pintu rumah Fatimah dan kemudian ke rumah Aisyah iaitu kawasan makam Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam.

“Jadi saya kira tidak timbul pun isu yang besar.. .YAB Perdana Menteri bermaksud kenyataan beliau masuk ke dalam makam bukan masuk ke dalam liang lahad Nabi sallallahu alaihi wasallam. Which is itu mustahil.

“Masuk ke dalam kawasan. Rumah Aisyah dikenali sebagai tempat dikebumikan Nabi sallallahu alaihi wasallam. Masuk ke dalam rumah Aisyah bererti kita masuk ke kawasan perkuburan.

“Makam Nabi sallallahu alaihi wasallam sama seperti, kalau pada hari ini sebahagian daripada kubur-kubur di atasnya dibina bangunan. Kubur orang lama dulu dibina bangunan. Kita masuk ke dalam bangunan tersebut bukan bererti kita masuk ke dalam liang lahad, dalam kubur…tidak sama sekali.. tapi kita masuk ke kawasan perkuburan,” katanya menerusi klip video yang dimuat naik dalam laman Facebook beliau, semalam. 

Mengenai kenyataan Najib yang menyatakan ‘salam direct’ kepada Nabi sallallahu alaihi wasallam, Fathul Bari berkata, berdasarkan kepada hadis-hadis Nabi sallallahu alaihi wasallam, salam ke atas Rasulullah sallallahu alaihi wasallam akan sampai kepada Baginda secara langsung tanpa perantara.

“Soal orang nak kata dia ujub lah, dia takbur lah, dan sebagainya… itu masalah hati… urusan hati manusia kita serah kepada Tuhan, serah kepada Allah subhanahu wa ta’ala. Tak perlu kita nak menghukum hati manusia,” katanya.

Najib ketika berucap pada Program Khas Haji YAB Perdana Menteri – Yayasan 1MDB – di Masjid Putrajaya, Jumaat lalu, berkata beliau masuk ke makam Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam.

“Ada ulama kata kalau di luar, kita menyampaikan salam kepada Rasulullah melalui malaikat, tapi kalau di dalam depan dengan makam Rasulullah, terus direct dengan Rasulullah,” kata Najib.

Bagaimanapun, ucapan Najib itu disanggah seorang pendakwah bebas, Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary yang berkata, dakwaan Perdana Menteri memasuki makam Rasulullah sallallahu alaihi wasallam ketika mengadakan lawatan ke Arab Saudi, baru-baru ini, adalah tidak benar.

Dalam Facebooknya, Ustaz Abu Syafiq berkata, kawasan dalam makam Rasulullah SAW tidak pernah dimasuki oleh sesiapa pun sejak tahun 881 Hijrah sehingga kini.

Ustaz kata Najib tak masuk makam Nabi SAW, ulama UMNO kata masuk

The post Najib tak masuk dalam liang lahad Nabi, kata ulama UMNO appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian