Pemangku Raja Pahang belum dimaklum sindiket jual pingat

KUANTAN, 20 Jamadilawal 1439H, Selasa – Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, baginda masih belum menerima sebarang laporan daripada polis berhubung sindiket penjualan darjah kebesaran yang tidak wujud dan didakwa berlaku di negeri ini.

“Saya rasa saya tunggu laporan dulu sebelum komen…setakat ini saya hanya tahu menerusi media masa. Bagaimanapun, saya rasa memang ada sindiket ini,” titah ringkas Tengku Abdullah menerusi aplikasi Whatsapp kepada Bernama menerusi Pegawai Media baginda Abdul Rahim Othman di sini, hari ini.

Baginda bertitah demikian ketika diminta mengulas berhubung laporan media mengenai penahanan seorang wanita berumur 39 tahun dipercayai terbabit dengan sindiket penawaran dan penjualan gelaran darjah kebesaran negeri ini yang tidak wujud, Jumaat lalu.

Suspek yang berasal dari Kampung Baru, Kuala Lumpur ditahan di sebuah restoran di Chow Kit pada jam 6 petang hasil risikan dan maklumat awam yang diterima.

Wanita berkenaan dipercayai membuat pengiklanan pembelian darjah kebesaran itu sejak tiga minggu lalu dan dijangka berjumpa pembeli pada 23 Februari ini.

Dia bersubahat dengan seorang suspek lelaki berumur 40-an bagi meyakinkan mangsa untuk membeli gelaran ‘Datuk’ dan ‘Datuk Seri’ yang ditawarkan pada RM180,000 hingga RM400,000.

The post Pemangku Raja Pahang belum dimaklum sindiket jual pingat appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian