Pemuda Isma mahu komuniti setempat giatkan sukan

SHAH ALAM, 13 Februari – Aktiviti sukan merupakan suatu agenda penting negara yang berupaya memupuk semangat persaudaraan di kalangan komuniti setempat. Ia juga memberi ruang terutama kepada generasi belia menyalurkan ruang masa terluang yang ada disalurkan kepada aktivit bermanfaat.


“Selain menjamin kecergasan fizikal, minda dan kesihatan diri, aktiviti sukan juga menjadi ‘kunci’ kukuh mengeratkan tali silaturrahim serta muhibah dalam memelihara keharmonian negara,” ujar Ketua Pemuda Isma, Muhammad Farid Hussin.

Farid memberikan ulasan ketika menyempurnakan majlis taklimat dan undian Liga Komuniti Isma (Shah Alam) 2018 di Pejabat Isma Shah Alam di sini malam tadi. Beliau turut diiringi Ahli Jawatankuasa Pusat Pemuda Isma, Ustaz Ahmad Farhan Selamat.

Beliau turut menyeru belia di kalangan komuniti di Shah Alam untuk berperanan sebagai duta dalam menghidupkan gaya hidup aktif agar dapat membendung penularan aktiviti negatif di kalangan remaja dan belia.

Liga bolasepak yang pertama kali dianjurkan oleh Pemuda Isma dan Kelab Bolasepak Isma itu akan berjalan selama 12 minggu dan turut mendapat sokongan penuh daripada Football Selangor, Ifitness, Persatuan Usahawan Muslim Malaysia (USMAN), syarikat korporat Science Valley dan Kumpulan Azzahrah.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian