Pengarah JPS dibebaskan dengan jaminan RM100,000

ALOR SETAR, 25 Jamadilawal 1439H, Ahad – Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa pada 29 Januari lepas, hari ini dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Penolong Pendaftar Tertinggi Mahkamah Rendah Alor Setar, Wan Nor Fadzilah Wan Ibrahim membenarkan pengarah berumur 60 tahun itu dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin.

Terdahulu, pengarah tersebut direman 13 hari mulai 30 Januari hingga 11 Februari, manakala dua pemilik syarikat berumur 39 dan 50 tahun yang turut direman bersama pengarah terbabit dilepaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM15,000 (deposit) dengan seorang penjamin pada 5 Februari lepas.

Pada 29 Januari lalu, SPRM menahan seorang pengarah JPS berumur 60 tahun bersama pemilik dua syarikat berumur 39 dan 50 tahun di sebuah pejabat SPRM.

Selain itu, SPRM turut menyita akaun bank berjumlah RM2.9 juta dan merampas wang tunai hampir RM900,000 di rumah seorang pemilik syarikat yang ditahan itu.- Bernama

The post Pengarah JPS dibebaskan dengan jaminan RM100,000 appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian