Polis siasat tuduhan ‘doula’ punca bayi mati

KUALA LUMPUR, 24 Jamadilawal 1439H, Sabtu – Seorang wanita yang didakwa menjadi penyebab kepada kematian seorang bayi yang baru dilahirkan di Pulai, Johor, Ahad lalu, telah membuat laporan polis untuk menafikan pembabitannya dalam kes itu.

Malah, cerita mengenai pembabitan wanita itu telah tular di laman sosial Facebook kononnya dia bersubahat dengan sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka ‘doula’ atau peneman ibu bersalin tanpa campur tangan doktor.

Susulan catatan itu tular hingga mendapat ribuan perkongsian, wanita itu dikecam netizen kerana dikatakan telah menjadi penyebab kepada kematian seorang bayi yang dilahirkan songsang di rumah.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, ketika dihubungi Bernama News Channel (BNC) hari ini, berkata, wanita itu membuat laporan polis pada Khamis lalu di Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Selatan bagi menafikan tuduhan terhadap dirinya seperti yang disebarkan dalam Facebook itu.

Dalam laporan polis itu, wanita berkenaan mengatakan dia dituduh sebagai punca kematian bayi rakannya selain mendedahkan namanya, suami dan gambar pasangan itu.

Mohd Khalil berkata, ibu bapa bayi berkenaan juga telah membuat laporan polis mengenai kematian anak mereka namun tidak menyebut atau mengaitkan dengan sesiapa.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya sedang menyiasat ‘posting’ Facebook berkenaan yang mengaitkan wanita berkenaan serta punca kematian bayi berkenaan.

Katanya, wanita itu telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Selain itu, katanya, pegawai penyiasat juga telah diarahkan untuk bertemu dengan ibu bapa bayi berkenaan bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai kejadian sebenar.

Setakat ini, polis belum mengklasifikasikan siasatan dengan mana-mana seksyen kerana kes masih di peringkat awal, katanya.

Baru-baru ini, pengguna media sosial dikejutkan dengan kematian seorang bayi yang dilahirkan di rumah, tanpa kehadiran bidan atau pakar perubatan bertauliah.

Bayi berkenaan dikatakan meninggal dunia akibat komplikasi kerana bayi dan ibunya hanya berada di bawah pengawasan doula.

Surat terbuka kepada Sultan, Permaisuri Johor

KELAHIRAN RUMAH DAN DOULA

The post Polis siasat tuduhan ‘doula’ punca bayi mati appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian