PRU14: SPR sudah tempah dakwat kekal dari India

BANGI, 7 Jamadilakhir 1439H, Jumaat – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dilaporkan telah membuat tempahan dakwat kekal dengan sebuah syarikat di India, yang akan digunakan dalam pilihan raya umum (PRU) nanti.

Menurut laporan akhbar Deccan Herald, tempahan itu dijangka akan dihantar tidak lama lagi, sekali gus memberi satu lagi petunjuk bahawa PRU14 akan diadakan tidak lama lagi.

Menurut akhbar berkenaan, syarikat Mysore Paints and Varnish Ltd memberitahu, telah menerima tempahan sebanyak 100,000 botol dakwat kekal daripada SPR.

Setiap botol mengandungi 60 milileter (ml) dakwat kekal.

Pengerusi syarikah, H.A Venkatesh dipetik sebagai berkata, tempahan itu digunakan untuk pilihan raya umum Malaysia – yang masih belum diketahui bila ia diadakan.

“Dakwat bernilai RM4.8 juta itu akan dibekalkan ke Malaysia tidak lama lagi,” katanya.

Mysore Paints and Varnish Ltd adalah satu-satunya syarikat di India yang membekalkan dakwat kekal ke seluruh negara dan kebanyakan lagi negara asing.

The post PRU14: SPR sudah tempah dakwat kekal dari India appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian