Sembang santai Wanita Shah Alam beri panduan urus emosi

SHAH ALAM, 11 Februari – Wanita Isma Shah Alam telah berjaya mengadakan satu program sembang santai dengan tajuk “Duhai Wanita , Tersenyumlah”. Perkongsian kerohanian kali ini telah disampaikan oleh Pn Hashimah Salleh yang merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Aman Palestin.

Sesi pengisian tersebut memberi penekanan kepada kaedah pengurusan emosi yang baik bagi seseorang wanita. Wanita masa kini yang berperanan penting dalam setiap institusi tidak lari dari menghadapi segala cabaran dan ujian hidup hingga kadangkala boleh memberi kesan kepada emosi seseorang wanita itu.

“Allah hadirkan ujian dan cabaran bukan sebagai bebanan tetapi satu laluan buat diri kita untuk mendekatkan lagi kepada-Nya,” nasihat Pn Hashimah dalam sesi pengisian selama setengah jam tersebut.

Selain daripada itu, beliau turut berkongsi tip bahasa kasih sayang yang mana jika dipraktikkan dapat menjaga hubungan yang baik sesama manusia lantas memperoleh kemuliaan daripada Allah.

Program sembang santai ini telah dihadiri oleh para muslimah di sekitar Shah Alam malah turut menarik para pengunjung yang sedang beriadah di sekitar Taman Tasik Seksyen 14 Shah Alam. Wanita Isma Shah Alam ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini.

Diharapkan pengisian kali ini mampu membuka minda para wanita di luar sana untuk tidak terlalu mengikut emosi tetapi berusaha memperhebatkan diri untuk mendapatkan syurga-Nya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian