Serangan rejim Assad: Hampir 200 orang awam terbunuh dalam tempoh 3 hari

DAMSYIK, 5 Jamadilakhir 1439H, Rabu –  Pengeboman bertalu-talu yang dilancarkan rejim Bashar al-Assad, di bahagian Timur Ghouta berhampiran Damsyik sejak Ahad lalu, membunuh hampir 200 orang awam dan ratusan yang lain cedera.  

Reuters melaporkan, kira-kira 127 orang maut dalam serangan udara dan roket pada Isnin, manakala terbaharu semalam, sekurang-kurangnya 44 orang awam terbunuh, iaitu kematian tertinggi dalam sehari sejak tiga tahun.

Jumlah kematian orang awam dikhuatiri terus meningkat apabila pasukan tentera rejim Assad dijangka memasuki kawasan utara Afrin yang dikawal militan Kurdish selepas lebih sebulan pertempuran dengan Turki.

Dalam masa sama, serangan udara berterusan tanpa henti bersama bedilan roket dan meriam ke beberapa kawasan di Ghouta timur.

Pemantau Hak Asasi Manusia Syria mengesahkan, serangan yang bermula sejak Ahad lalu turut menyaksikan sekurang-kurangnya 39 kanak-kanak maut manakala lebih 850 lain cedera.

Ghouta Timur adalah kubu terakhir kumpulan pembangkang di Damsyik dan Presiden Syria, Bashar al-Assad telah mengerahkan tenteranya dalam usaha bersepadu untuk merampas semula kawasan berkenaan.

Semalam, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa serangan menyasarkan orang awam di Syria ditamatkan segera berikutan serangan berterusan itu menyaksikan jumlah kematian tertinggi di kawasan berkenaan sejak 2015. – Agensi

The post Serangan rejim Assad: Hampir 200 orang awam terbunuh dalam tempoh 3 hari appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian