SPRM tahan semula dua pegawai kereta api Sabah

KOTA KINABALU, 15 Jamadilawal 1439H, Khamis – Dua individu yang ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah projek kereta api Sabah dan dibebaskan dengan jaminan semalam ditahan semula pada hari sama berhubung kes baharu membabitkan nilai RM56 juta, demikian menurut sumber.

Sumber berkenaan berkata, mereka ditahan semula antara tengah hari dan 3 petang semalam di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini selepas suruhanjaya itu menerima laporan akan perkembangan baharu tersebut ketika timbalan pengarah Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) berusia 58 tahun dan jurutera berusia 39 tahun terbabit direman sejak 23 Januari.

Bagaimanapun, Majistret Stephanie Sherron Abbie menolak permohonan SPRM untuk perintah reman baharu terhadap kedua-dua suspek di sini hari ini dan mereka kemudian dibebaskan.

Permohonan reman baharu itu dibuat oleh Pegawai Pendakwa SPRM, Mohd Faliq Basiruddin manakala kedua-dua pegawai terbabit diwakili peguam Sugumar Balakrishnan dan Edward Paul.

Kedua-dua suspek terbabit antara empat individu yang dibebaskan dengan jaminan semalam.

Dalam pada itu, Stephanie melanjutkan tempoh reman dua hari lagi terhadap suspek kelima dalam kes itu, seorang kontraktor berusia 60 tahun yang tempoh reman lima harinya tamat hari ini.

Dua lagi yang masing-masing merupakan penolong jurutera di jabatan itu direman lima hari bermula semalam.

Setakat ini, SPRM menahan tujuh orang, lima merupakan kakitangan JKNS sementara dua lagi kontraktor, bagi membantu siasatan dakwaan rasuah melibatkan projek kereta api di negeri ini sejak 2011.

SPRM juga dilaporkan telah menyita wang tunai kira-kira RM1.6 juta dan membekukan akaun di beberapa buah bank dengan simpanan berjumlah RM5.3 juta bersabit kes itu.- Bernama

The post SPRM tahan semula dua pegawai kereta api Sabah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian