Sukan Olimpik Musim Sejuk di Korea tak sedia ruang solat

GANGNEUNG (Korea Selatan), 24 Jamadilawal 1439H, Sabtu – Pertubuhan Pelancongan Korea (KTO) membatalkan rancangan untuk menyediakan ruang solat mudah alih di Gangneung, bagi umat Islam yang hadir menyaksikan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 di negara itu.

Menurut laporan Al Jazeera, pembatalan rancangan itu dibuat selepas ia dibantah oleh golongan anti-Islam di Korea.

Walaupun hanya 0.2 peratus daripada 51 juta penduduk Korea Selatan adalah beragama Islam, namun KTO tetap memutuskan untuk membina ruang solat bagi mempromosikan negara itu sebagai mesra muslim, sekali gus meningkatkan bilangan pelancong Islam.

Bagaimanapun, usaha dan rancangan itu dibatalkan selepas ianya menerima bantahan daripada beberapa kumpulan anti-Islam.

“Kita menerima bantahan daripada beberapa kumpulan agama yang menentang penyediaan bilik solat itu, dan mereka mengancam untuk menjalankan protes ketika Sukan Olimpik Musim Sejuk.

“Kita duduk bersama mereka untuk berbincang, tetapi akhirnya kita akur untuk terpaksa membatalkan rancangan berkenaan,” kata ketua bahagian pelancongan Gangneung, Kang Suk-ho.

Kesal dengan perkara itu, Kang berkata, pihaknya juga tidak menjangkakan tindak balas melampau daripada kumpulan berkenaan.

“Kita fikir ia akan menyenangkan jika menyediakan kemudahan bilik solat di stesen Gangneung,” katanya.- Agensi

The post Sukan Olimpik Musim Sejuk di Korea tak sedia ruang solat appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian