Sultan Johor murka mat rempit lumba depan hospital

BANGI, 17 Jamadilawal 1439H, Sabtu – Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar murka dengan tindakan golongan mat rempit yang terus menjadikan Jalan Pantai Lido di hadapan Hospital Sultanah Aminah (HSA) sebagai medan lumba haram.

Baginda menerima banyak aduan, khususnya daripada pesakit HSA tidak dapat tidur disebabkan bunyi bising enjin motosikal akibat perlumbaan haram yang kerap berlaku, terutama pada lewat malam.

Sehubungan itu, baginda mengarahkan polis mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terbabit dalam aktiviti itu.

“Berhenti dari terlibat dalam aktiviti tidak berfaedah ini… fikirkan mengenai ketenteraman awam dan pesakit di hospital yang memerlukan rehat secukupnya,” titah Tuanku Sultan Johor kepada Royal Press Office yang disiarkan dalam laman Facebook baginda, hari ini.

Baginda bertitah, Almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim pernah menyebut bahawa dia sukar beradu pada waktu malam ketika menerima rawatan di Wad DiRaja HSA disebabkan bunyi kuat motosikal.

Tuanku Sultan Ibrahim menegaskan, keadaan sama dialami oleh menantu Baginda, YM Che’ Puan Khaleeda Binti Bustamam ketika melahirkan kedua-dua anakandanya.

“Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail dan isteri tidak dapat beradu pada waktu malam disebabkan gangguan bunyi motosikal yang berlumba dari jam 12 tengah malam hingga 3 pagi.

“Saya juga mengalami pengalaman yang sama ketika menerima rawatan di Wad DiRaja HSA,” titah baginda.

The post Sultan Johor murka mat rempit lumba depan hospital appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian