Suri rumah rugi RM15,200 ditipu kenalan Facebook

KUANTAN, 2 Jamadilakhir 1439H, Ahad – Seorang suri rumah kerugian RM15,200 selepas terpedaya dengan pemberian barangan berjenama daripada kenalan laman sosial yang kononnya bekerja di Scotland.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supritenden Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa yang berusia 54 tahun itu mendakwa berkenalan dengan lelaki dikenali sebagai Mohd Fazli Hassan, kononnya dari Singapura, pada Januari lalu.

Mangsa mendakwa, Mohd Fazli telah mengirimkan bungkusan hadiah mengandungi pelbagai barangan seperti dua buah komputer riba jenama Apple, telefon pintar iPhone 7, set gelang berlian, beg tangan, minyak wangi dan emas kepadanya pada 14 Februari lalu.

“Pada petang 15 Februari lalu, mangsa menerima panggilan telefon kononnya daripada pegawai kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bernama Lia menyatakan dia perlu membayar wang pemprosesan penghantaran itu.

“Mangsa telah memasukkan wang sebanyak RM15,200 ke dalam akaun yang diberikan Lia atas nama Devinraj Dennis, namun sehingga kini tidak menerima bungkusan yang dijanjikan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir menambah, mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini semalam, selepas menyedari dirinya ditipu memandangkan usahanya untuk menghubungi suspek tidak berjaya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan dengan sebatan, dan boleh juga dikenakan denda, jika disabitkan kesalahan.- Bernama

The post Suri rumah rugi RM15,200 ditipu kenalan Facebook appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian