Tanah tak stabil punca kren tumbang di MRR2

KUALA LUMPUR, 10 Jamadilakhir 1439H, Isnin – Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang (ProLintas) mengesahkan kejadian kren tumbang di MRR2 Ulu Klang-Ampang berpunca daripada permukaan tanah tidak stabil yang menempatkan kren berkenaaan.

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (ProLintas) berkata, kejadian itu tidak melibatkan sebarang kecederaan dan kerosakan harta awam.

“ProLintas mengesahkan laporan mengenai kren terbalik di KM25.2 berhampiran Dataran Ukay pada 10 pagi tadi.

“Pasukan kecemasan dikerahkan ke kawasan kejadian untuk memberi bantuan dan kerja pembersihan kini giat dijalankan bagi menyuraikan kesesakan trafik dengan kadar segera,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, ProLintas memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul berikutan kejadian itu dan memberi jaminan keselamatan serta keselesaan orang awam dan penduduk di sekitar kawasan pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) adalah menjadi keutamaan syarikat itu.

Orang ramai juga diminta menyalurkan maklumat dan aduan berhubung pembinaan Lebuhraya SUKE kepada Facebook dan Twitter ProLintas iaitu PROLINTAS Highways/@mySUKEofficial atau talian 1300-88-9922.

ProLintas, syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), merupakan pemegang konsesi bagi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Kajang SILK (SILK), SUKE dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) melalui anak-anak syarikatnya.

The post Tanah tak stabil punca kren tumbang di MRR2 appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian