Anak Lelaki dan Masjid

Salah satu perkara yang penting dalam pendidikan anak-anak lelaki adalah membiasakan mereka dengan masjid sehingga masjid menjadi sebahagian daripada resepi kehidupan dan pendewasaannya.

Masjid mengajar anak lelaki agar :

  1. Berdisiplin dalam hidup.
  2. Mengatur kehidupan seharian dengan solat 5 waktu secara berjamaah setiap hari.
  3. Melatih bersosial dengan masyarakat sekeliling terutamanya dengan pak cik dan ‘atuk’ yang lebih dewasa.
  4. Membiasakan diri berjinak dengan al-Quran dan cinta untuk menghafaznya sekurang-kurangnya surah-surah utama al-Quran.
  5. Merasai ketenangan beriktikaf dan tidak segera keluar masjid untuk berlegar-legar di medan fantasi.
  6. Menyuburkan jiwa yang bercita-cita besar untuk membawa perubahan dalam masyarakat.

Itulah di antara intipati didikan arwah abah yang telah mendidikku dengan pelbagai perkara melalui masjid sehinggakan masjid yang bersejarah ini sangat memberi kesan kepada keperibadian dan kehidupan sehingga ke saat ini.

Dr Z
Anak Felda
Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Seremban

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?