Dker 2018 angkat slogan “Aku Pemimpin Ummah”

Oleh : Julaibeeb Jamalludin

REMBAU, 18 Mac – Daurah Kepemimpinan Remaja 2018 (Dker 2018) telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim, Kampung Seberang Paya bermula pada 16 Mac lalu. Program kepimpinan tersebut mengumpulkan kira-kira 192 orang peserta dari seluruh negara.

Program Dker 2018 ini merupakan kesinambungan daripada program Nadwah Kepemimpinan Pelajar (NKP) yang telah diadakan pada setiap tahun bermula tahun 2015. Tahun ini merupakan tahun ketiga penganjuran dengan penjenamaan sebagai daurah kepemimpinan remaja. Program yang dianjurkan oleh Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) ini bertujuan untuk melahirkan barisan pelapis kepemimpinan pelajar di sekolah-sekolah seterusnya mencetak mereka menjadi pemimpin ummah.

“Kita mengangkat slogan “Kami Pemimpin Ummah” untuk menyedar dan membangkitkan kesedaran bahawa kita semua adalah pemimpin dan kita bertanggungjawab untuk memimpin,” kata Ustaz Mohd Azizee Hasan selaku Presiden iGuru di dalam ucapan perasmian penutup di akhir program. “Khalifah dalam erti kata kita adalah seorang pemimpin, kita adalah leader, kita bertanggungjawab mengurus dunia dengan membangun insan dan mencipta tamadun berpaksikan nilai rabbani,” tambah beliau lagi yang juga merupakan seorang guru dan warden di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.

Selain itu, Ustaz Azizee turut mengingatkan tentang hakikat yang perlu disedari oleh umat Islam umumnya dan para pelajar yang diberikan harapan untuk memimpin khususnya tentang ancaman Yahudi dan Nasrani Zionis di peringkat dunia antarabangsa serta ancaman-ancaman dari luar dan dalam negara. Beliau juga menyebut suri contoh tauladan yang perlu dikaji dan dicontohi seperti Sultan Muhammad al-Fateh yang telah membuka Kota Konstantinopel pada abad ke-15 Masihi serta menyenaraikan beberapa ciri-ciri yang diperlukan bagi seorang pemimpin yang membawa jiwa pemimpin.

Pada akhirnya, Ustaz Azizee selaku Presiden iGuru merasmikan majlis penutup Daurah Kepimpinan Remaja 2018 dengan lafaz firman Allah “Infiruu Khifaafan wa Thiqaalan” yang membawa maksud “berangkatlah sama ada kamu dalam keadaan ringan mahu pun berat”.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?