Hati Bersih, Jiwa Besar

Saya kira kes terbaharu melihatkan artis dalam dunia glamorous bukanlah kes pertama tetapi berlaku kepada beberapa personaliti yang terkenal. Menyebabkan saya berfikir berapa ramai lagi yang akan jadi begitu dan apakah puncanya?

Bukan mudah untuk mengawal hati dan ego tatkala kita mempunyai pengikut yang ramai, fan base yang besar, pengikut yang memuja dan memuji sehingga hati merasakan apa yang aku buat betul belaka. Takkanlah apabila sampai tahap ini, pencapaian hasil usaha sendiri sekarang boleh tersilap langkah?

Inilah penyakit hati yang sukar dikawal melainkan kita mempunyai hati yang bersih dan berjiwa besar untuk menerima teguran dan berubah. Tapi itu bukan perkara mudah kerana hari demi hari kita merasa gah dengan ‘nikmat’ tuhan yang kita dustakan.

Kerana itu mujahadah paling besar ialah untuk sentiasa secara berterusan membersihkan hati.

(قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا * وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا)

“Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),

Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).”

[Surat Ash-Shams 9 – 10]

Tetapi jika hati itu disuap setiap hari dengan pujian, sanjungan dan pujaan maka hati akan mula membengkak dengan barah ego ‘aku betul’. Kerana itu semakin tinggi kita pergi semakin lebih banyak mujahadah yang kita lakukan terhadap hati.

Penyakit hati juga menyebabkan kita ingin merasa cantik, glamour dan famous sedangkan apa yang disarankan kita adalah sebaliknya:

: إِنَّ اللَّهَ لاَ يَنْظُرُ إِلَى أَجْسَامِكُمْ وَلاَ إِلَى صُوَ رِكُمْ ، وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh kalian dan tidak pula kepada rupa kalian, tetapi Dia melihat kepada hati kalian.” (Hadis Riwayat Muslim)

Akhirnya tidak guna rupa paras cantik mana sekalipun, atau fesyen gaya pakaian yang trendy macamanapun jika hati tidak bersih dan jiwa tidak besar, kerana keindahan akhlak mencerminkan kecantikan dari dalam yang sebenar.

Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran buat kita.

 

Ust Ibrahim Hasan

Ketua Pemuda Isma Hulu Langat

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?