Wanita dan Kehormatan Diri

Islam datang mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya keimanan. Salah satu perubahan sistem sosial yang dibawa oleh Islam adalah meningkatkan martabat wanita. Pada zaman jahiliyyah, orang Arab menganggap bahawa kelahiran anak perempuan itu membawa petanda malang atau perkara yang memalukan. Perkara tersebut dirakamkan dalam al quran melalui surah Al Nahl ayat 58 dan 59;

 Dan apabila seseorang daripada mereka dikhabar dengan kelahiran anak perempuan, wajahnya menjadi hitam (merah padam) dan amat marah. Dia bersembunyi daripada orang ramai, disebabkan khabar buruk yang disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan atau akan menanamnya ke dalam tanah (hidup-hidup)? Ingatlah alangkah buruknya keputusan yang mereka tetapkan itu.

Akan tetapi setelah datangnya Islam, Allah telah mengangkat martabat wanita dan memberi khabar gembira  bagi mereka yang   mempunyai anak perempuan lalu menjaga dan mendidiknya dengan baik sepertimana hadis yang telah diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah radhiyallahu’anha bahawa Rasulullah bersabda,

 “Barangsiapa yang diuji dengan anak-anak perempuan, kemudian dia berbuat baik kepada mereka, maka anak-anak perempuan tersebut  akan menjadi penghalang dari siksa api neraka” (H.R Muslim)

Namun dewasa ini, kita melihat betapa ramai kaum wanita itu sendiri menjatuhkan maruahnya setelah diangkat oleh Allah S.W.T. Contohnya aksi tari-menari yang menjadi tular di media sosial menjadi bahan hiburan kepada masyarakat.

Seharusnya kaum hawa perlu sedar bahawa mereka adalah seumpama permata yang  begitu berharga dan berkilau sekiranya ia dijaga dengan baik. Begitu juga dengan diri wanita. Mereka akan menjadi berharga dan cantik sekiranya kehormatan mereka terjaga.

Wahai kaum wanita, perelokkanlah akhlakmu, peliharalah kehormatanmu, nescaya kau akan selamat dunia dan akhirat.

 

Ummu Habibah
Ketua Wanita ISMA Kuala Pilah

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian