Liga Komuniti Bangi 2018 menutup tirai, Perantau Bangi FT rangkul juara

BANGI, 6 Mei – Keputusan seri 0-0 pada perlawanan akhir menentang kelab Amigos FC cukup untuk Perantau Bangi FT merangkul gelaran juara pada Liga Komuniti Bangi 2018. Perantau Bangi FT yang sebelum ini kekal berada di tangga teratas liga menetapi ramalan juara dengan 13 mata di atas pasukan Amigos FC.

Pasukan Amigos FC yang menyamai rekod Perantau Bangi FT yang tidak pernah tewas dalam setiap perlawanan bagaimanapun terpaksa berpuas hati berada di kedudukan kedua liga selepas mempunyai keputusan seri dua kali sebelum ini.

Dua lagi perlawanan lain menyaksikan Pemuda ISMA DHL menumpaskan pasukan Bangi Ori dengan jaringan 2-0 untuk berada di tangga ke tiga, manakala TTB3 FC menduduki tempat ke empat apabila menewaskan Taman Langat Jaya 2-1.

Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Hulu Langat, Mohd Noor Azib Asmangi yang hadir pada perlawanan semalam mengucapkan tahniah kepada juara. “Kepada pasukan yang lain, teruskan usaha. Teruskan berlatih agar pasukan lebih mantap di masa depan,” ujarnya. 

Dalam ucapannya Mohd Noor Azib Asmangi berharap Liga Komuniti Bangi akan terus maju sebagai medium liga bola sepak utama untuk pasukan-pasukan amatur di Bangi.

Liga Komuniti Bangi 2018 anjuran Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Hulu Langat (Pemuda Isma Hulu Langat) menawarkan wang tunai RM500 beserta piala pusingan untuk menarik golongan belia aktif bersukan dan beraktiviti sosial. Liga ini telah disertai oleh 6 pasukan dari penduduk sekitar Bangi.

 

Dr. Nashrah Hani binti Jamadon

Wartawan Isma Hulu Langat

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian