Pasukan Futsal INTRIKS Samarahan Bolot Habuan Kejohanan

oleh: Mohammed Rasheedan bin Ellin

KOTA SAMARAHAN, 5 Mei 2018 – PEMUDA Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Samarahan hari ini menggegarkan gelanggang futsal Institut Latihan Perindustrian Kota Samarahan (INTRIKS) apabila berjaya menarik 11 pasukan dalam dan luar institut untuk berentap dalam Kejohanan Futsal PEMUDA ISMA Samarahan di sini baru-baru ini.

Kejohanan yang mendapat sokongan penuh daripada pihak INTRIKS tersebut dianjurkan oleh PEMUDA ISMA Samarahan dengan tujuan untuk memupuk gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan belia dan menyediakan ruang kepada para belia menunjukkan semangat persaingan dan kesukanan yang positif.

Dalam kejohanan ini, pasukan-pasukan futsal INTRIKS nampaknya menunjukkan penguasaan apabila menggondol tempat pertama, kedua dan ketiga kejohanan. Tempat pertama dimenangi oleh pasukan futsal Ah Pai FT yang telah menerima sebuah hamper dan sijil penyertaan. Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Manatahan FT dan HuwekHuwek FT.

Antara pasukan yang mencuba nasib dalam kejohanan kali ini adalah PEMBINA UNIMAS FT namun mereka pulang tanpa membawa apa-apa.

Menurut Pengarah program, Saudara Azry Mustapa juga merangkap Ketua PEMUDA ISMA Samarahan, kejohanan kali ini menunjukkan sambutan yang amat memberangsangkan dan meningkat penyertaannya dari tahun sebelumnya.

“Tahun lepas kita berjaya menyenaraikan lapan pasukan bertanding, namun pada tahun ini 11 pasukan termasuk satu dari luar (PEMBINA UNIMAS) telah menempah tempat untuk beraksi. Saya amat bersyukur dengan penerimaan daripada pihak INTRIKS.” ujarnya ketika ditemui wartawan.

Turut hadir menyaksikan kejohanan tersebut adalah Pensyarah Teknologi Mekatronik INTRIKS, Encik Shahrin.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian