Perutusan Ramadhan 1439H Presiden ISMA
Alhamdulillah kita diberi kesempatan oleh Allah untuk sekali lagi bertemu dengan Ramadan pada tahun ini.
Moga Allah berikan kita kekuatan untuk melalui bulan ini dengan penuh keamanan, keimanan, keselamatan dan penyerahan diri secara total serta bersungguh-sungguh dalam mendirikan solat, berpuasa dan bertilawah al-Quran.
Ya Allah, tundukkan kami kepada Ramadan dan tundukkanlah Ramadan kepada kami dan terimalah amalan kami wahai Tuhan sekalian alam.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan yang mulia. Semoga Ramadan kali ini lebih baik dari Ramadan yang lalu.
Saya menyeru umat Islam di Malaysia sempena bulan Ramadan yang mulia ini untuk muhasabah diri terhadap apa yang berlaku dalam pilihan raya yang baru sahaja berlalu. Mereka yang telah diberi amanah harus terus bertanggungjawab memastikan kedaulatan Islam terus terjaga, syiar Islam terus dijunjung dan hal ehwal umat Islam terus terpelihara.
Janganlah kita lupa kepada kesengsaraan yang dihadapi oleh umat Islam di seluruh dunia. Marilah kita berkongsi kesusahan, membantu dan mendoakan agar Allah merahmati mereka dan menamatkan penderitaan mereka.
Akhir sekali Ihya’ Ramadhan adalah satu syiar dari syiar-syiar Islam, marilah kita memeriahkan sambutan bulan Ramadan kali ini dengan memperbanyakkan ibadah, qiam, tadarus, bersedekah dan sebagainya.
Abdullah Zaik bin Abd Rahman (S.M.T)
Presiden
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Ulasan
Catat Ulasan