Islam Menjaga Kemuliaan Wanita

Islam turun dan mengangkat tinggi darjat wanita. Sebelum ini, anak perempuan yang lahir dianggap pembawa nasib malang dan memalukan keluarga lalu ditanam hidup-hidup. Perempuan hanya dianggap sebagai hamba abdi dan hanya alat memuaskan nafsu. Malah, wanita juga dinafikan hak untuk menuntut ilmu.

Namun Islam datang membawa sinar kepada wanita. Wanita diberikan hak menuntut ilmu, hak memilih pasangan, hak dalam pemilikan harta dan banyak lagi. Balasan pahala yang sama antara lelaki dan perempuan juga menunjukkan betapa tidak wujud diskriminasi wanita dalam Islam.

Dalam Islam,yang membezakan antara seorang dan yang lain di sisi Allah hanyalah takwa, rasa takutnya kepada Allah.

Suara-suara feminis yang memperjuangkan hak sama rata antara lelaki dan wanita ini perlu sedar akan konsep adil.

Betapa adilnya Allah meletakkan sesuatu sesuai dengan tempatnya. Adil tidak bererti mesti sama rata. Wanita memiliki fitrah yang tersendiri sesuai dengan sifat biologinya, dan begitu juga lelaki.

Hadir Islam memuliakan wanita dengan hukum-hukum yang sesuai dengan fitrah dan biologi wanita. Wanita yang selama ini dieksploitasi tubuh mereka untuk keuntungan sesetengah pihak, diarah untuk melabuhkan pakaiannya agar yang indah itu hanya boleh dilihat bagi yang layak sahaja.

Perjuangan feminisme di Malaysia mula bertapak pada awal 90an dan dipelopori oleh Sisters in Islam(SIS). Pengasas awal SIS termasuklah Zainah Anwar, Salbiah Ahmad dan Aminah Wadud.

Walaupun objektif utama SIS untuk memperjuangkan hak-hak wanita dan menghapuskan diskriminasi wanita di Malaysia, namun sebenarnya perjuangan mereka banyak berkisar ‘Human Right’ yang dipelopori Barat.

Perjuangan mereka banyak menongkah arus ajaran Islam, bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah.

Antara pandangan SIS yang bertentangan dengan ajaran Islam termasuklah mempersoalkan keadilan undang-undang hudud ke atas wanita dalam ruangan akhbar Malaysiakini (http://www.malaysiakini.com/letters/178010).

Hukum hudud dianggap telah melanggar prinsip ‘Human Right’ dan mendiskriminasi golongan wanita. SIS juga menyokong kebebasan menukar agama bagi Muslim (http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sis-kebebasan-beragama-termasuk-menukar-agama).

Dipelopori oleh golongan-golongan yang tidak benar-benar mempelajari Islam mengikut disiplin Islam yang betul, tidak mustahillah golongan ini dilihat begitu banyak mempertikaikan hukum-hukum agama walaupun berlindung disebalik nama Islam.

‘Human Right’ dan demokrasi acuan Barat juga bukanlah prinsip yang adil. Feminis lantang bersuara apabila golongan wanita yang berpakaian mencolok mata dikritiK namun mendiamkan diri di saat wanita muslim dinafikan hak untuk menutup aurat.

Lihat sahaja apa yang terjadi di Uighyur, wanita Muslim di sana dipaksa membuka tudung yang menutup kepala malah baju yang labuh menutupi punggung pula digunting menjadi singkat.

Umat-umat Islam di Uighyur juga dinafikan hak mereka untuk mengamalkan agama.

Ketahuilah, hanya prinsip Islam yang adil yang menjaga hak-hak setiap manusia. Islam adalah satu sistem yang menyeluruh yang mencakupi semua aspek kehidupan.

Hukum-hukum dalam Islam tidak lain bertujuan untuk mendatangkan kebaikan kepada manusia dan mengelakkan keburukan dan kemudaratan. Pensyariatan hukum Islam juga bertujuan untuk mengangkat darjat manusia untuk hidup dengan cara yang teratur dan menjaga lima perkara asas manusia iaitu agama, nyawa, maruah, harta dan akal.

 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?