ISMA Gombak Lakar Sejarah Baru

 

Gombak, 8 Julai –  Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Gombak hari ini telah melakarkan sejarah baru apabila berjaya membuka satu pejabat baru serta pusat komuniti bertempat di Taman Sri Gombak, Batu Caves.

Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik telah merasmikan pejabat baru dan pusat komuniti ISMA Gombak ketika dalam satu majlis sambutan Aidilfitri anjuran ISMA Gombak.

Majlis turut dihadiri beberapa pemimpin tempatan termasuk pemimpin dari masjid-masjid sekitar Gombak. Antaranya Ustaz Zainal, Pegawai Konsulat Kedutaan Arab Saudi.

Menurut Yang Dipertua (YDP) ISMA Gombak, En Mohd Zuraidi Zakaria, kewujudan pejabat baru dan pusat komuniti ini akan memberi ruang yang lebih luas untuk ISMA Gombak mendekati segenap lapisan masyarakat melalui program-program dakwah dan pembinaan jatidiri terutama untuk golongan belia dan remaja di sekitar Gombak.

Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak terutama ahli ISMAGombak yang memberikan sumbangan untuk mewujudkan pejabat serta pusat komuniti yang baru.

 

oleh Mohd Faiq Naquiddin Md Pazin, Biro Komunikasi dan Multimedia ISMA Gombak

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian