Majlis Hari Raya ISMA K.Terengganu Disambut Meriah

7 Julai 2018, Kuala Terengganu – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Kuala Terengganu dengan kerjasama Surau Taman Mas, Bukit Payong telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018 disini hari ini. Kira-kira seramai 200 orang yang terdiri daripada penduduk sekitar dan jemputan khas telah hadir ke majlis ini.

“Majlis jamuan hari raya ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan antara ISMA dengan masyarakat setempat. Dengan menganjurkan majlis seperti ini, secara tidak langsung masyarakat akan lebih mengenali ISMA”. Berkata Ustaz Dr. Razali Musa, Yang Di Pertua ISMA Kuala Terengganu.

” Majlis seakan ini sebenarnya harus selalu diadakan supaya ISMA boleh lebih mendekati masyarakat terutama barisan pimpinan ISMA K.Terengganu agar seruan dakwah yang dibawa sampai dan segala permasalahan masyarakat dapat diselami  dengan baik” tambah beliau lagi.

Pelbagai juadah dan sajian telah disediakan termasuklah makanan tradisi Terengganu iaitu Nasi Dagang. Rata-rata para tetamu berpuas hati dengan juadah yang disediakan dan dengan majlis sambutan raya ini secara umumnya.

 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian