Didik Anak untuk ke Syurga, Bukan Hanya untuk Dunia
oleh Effa Radika bt Bidin
KOTA SAMARAHAN, 12 Ogos: “Tugas ibu bapa bukan sekadar pendidikan dunia anak-anak, tetapi juga perlu difokuskan kepada pendidikan akhirat yang akan membawa mereka ke Syurga,” ujar Dr Mohd Khairol bin Jambli, Yang Di-Pertua (YDP) Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Kuching dalam ceramahnya yang bertajuk “Keluarga Bahagia Membawa ke Syurga” semasa Festival NAZIM Zon Kuching dan Samarahan semalam.
Tambahnya lagi, penyalahgunaan media sosial dalam kalangan kanak-kanak merupakan masalah yang harus dipandang serius. Ibu bapa perlu memainkan peranan yang sangat penting dalam memantau penggunaan gajet dan media sosial anak-anak selain perlu melahirkan aqidah yang sejahtera dalam diri mereka agar dapat membina jati diri muslim yang sejati.
Festival NAZIM Zon Kuching dan Samarahan telah didakan di Dewan Sri Nor, Kampung Meranek melibatkan acara pertandingan Nasyid, Bercerita, Azan dan Hafazan.
Turut serta dalam festival tersebut 50 orang peserta yang berumur antara 6 hingga 12 tahun dari Kuching dan Samarahan.
Turut hadir ialah Puan Raja Nurul Huda, Pengerusi Kelab NAZIM Cawangan Samarahan, Ustazah Nuraini bin Saleh, Pengerusi Biro Keluarga dan Masyarakat Cawangan Samarahan, Encik Aziz bin Hj Mohammad, Pengerusi Masjid Darul Ibadah dan Ustaz Abdul Rahman bin Ismail, YDP ISMA Cawangan Samarahan selaku perasmi program.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan