Membanteras normalisasi amalan LGBT

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Dungun menyambut baik ketegasan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu yang telah menjatuhkan hukuman denda RM3,300 dan 6 sebatan setelah didapati melakukan hubungan sejenis ketika ditahan dalam sebuah kereta, di Dungun, pada April lalu seperti yang dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian bertarikh 12 Ogos 2018.

Apa yang mengejutkan lagi, mereka telah ditangkap oleh pasukan Penguatkuasa Syariah Daerah Dungun dalam sebuah kereta di Dataran Arena Square yang sebuah lokasi rekreasi awam Dungun, pada jam 1.50 tengahari 8 April yang lalu.

ISMA Dungun berpendirian tindakan tegas perlu diambil untuk kemungkaran seperti ini supaya ia memberi pengajaran dan mesej yang jelas kepada masyarakat apatah lagi apabikb telah ada mereka yang berani malakukannya di tempat awam yang terbuka. Ini juga sepatutnya menyedarkan kita tentang perlunya usaha untuk memperkasakan peruntukan kuasa mahkamah syariah supaya hukuman dan tindakan yang berkesan dapat diambil bagi membendung amalan LGBT ini.

ISMA Dungun juga menyeru kerajaan negeri Terengganu di bawah agensi yang berkaitan mengadakan kempen kesedaran dan pendidikan terhadap isu LGBT di seluruh negeri Terengganu. Ini sebagai respon keperihatinan dan tanggungjawab kerajaan negeri terhadap isu LGBT yang telah diangkat atau diiktiraf oleh pejuang-pejuang hak asasi manusia sejak akhir-akhir ini. Amalan songsang yang dilaknat Allah ini tidak sepatutnya diterima sebagai norma kehidupan masyarakat di Malaysia.

ISMA Dungun juga mencadangkan supaya pihak yang berwajib perlu melaksanakan program pemulihan yang efektif terhadap individu-individu yang terjebak ke dalam gejala LGBT ini. Hak LGBT adalah untuk dirawat dan dipulihkan, bukan untuk diiktiraf oleh masyarakat.

ISMA Dungun menyeru seluruh warga Terengganu yang prihatin supaya kita mengambil berat isu LGBT ini lebih-lebih lagi apabila kini terdapat usaha ‘luar biasa’ yang cuba menormalisasikan amalan songsang yang dilaknat Allah ini.

Oleh :

Mohd Nasrul Muhaimin
Naib YDP ISMA Dungun

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian