Pejabat dan Web Baru Isma Kuala Lumpur

12 Ogos, Kuala Lumpur – Ustaz Abdullah Zaik, Presiden Isma telah merasmikan Pejabat Urusan Isma Kuala Lumpur yang terletak di Pantai Business Park pada Ahad petang yang lalu.

“Ini merupakan petunjuk yang membanggakan dan perkembangan yang pesat yang telah dilalui oleh Isma Kuala Lumpur,” katanya dalam ucapan perasmian tersebut.

Tambah beliau, “Kita perlu membina dakwah yang bertapak kukuh di dalam realiti masyarakat bukan dakwah yang hidroponik – dakwah yang tidak berakar umbi dan mudah dicabut.”

Turut hadir pada Majlis Perasmian tersebut adalah Ketua Wanita Isma, Dr Norsaleha serta YDP dan wakil-wakil Isma dari cawangan Shah Alam, Gombak dan Subang.

Dr. Osman Rasip, YDP Isma Kuala Lumpur juga turut menceritakan serba sedikit tentang sejarah perkembangan Isma Kuala Lumpur yang telah bermula sejak dari tahun 2010 tanpa pejabat dan sehingga kini telah mempunyai 2 buah pejabat hasil dari sumbangan ahli-ahli Isma sendiri.

Dalam majlis yang sama, Ketua Biro Komunikasi & Multimedia Isma Kuala Lumpur, Saudara Hatta Mohd Dah turut melancarkan web Isma Kuala Lumpur yang berwajah baru di http://ismakualalumpur.com/ dengan bercirikan konsep profesional yang mencakupi semua lapisan masyarakat.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian